Al- Faatihah
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. 
[1 : 1]
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. 
[1 : 2]
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara  dan Mentadbirkan sekalian alam. 
[1 : 3]
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[1 : 4]
Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat). 
[1 : 5]
Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan  kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. 
[1 : 6]
Tunjukilah kami jalan yang lurus. 
[1 : 7]
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan  nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang  Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang  yang sesat.